Di sini kami ingin memberitahu serba sedikit tentang KEROPOK IKAN KELUARGA DANI yang kami jual.
Syarikat ini telah beroperasi sejak 1983 dan produk mereka sudah dikenali di seluruh Terengganu juga telah dipasarkan sampai ke KL. Keluarga Dani cuma hasilkan keropok kering sahaja. Bukan keropok lekor atau keropok sira.
Nak beli, jangan beli sikit kerana ia tidak dijual di pasaraya.Susah nak cari kat mana-mana kedai.
Kelebihan KEROPOK IKAN KELUARGA DANI terletak pada rasa dan saiznya yang mengembang 3x ganda apabila digoreng, amat rangup dan rasanya amat sedap. Tapi tidak boleh dibiarkan terdedah lama selepas digoreng, nanti lemau atau masuk angin. Keropok yang belum digoreng, boleh tahan sehingga setahun dan boleh dimakan begitu sahaja jika perut tahan, kerana keropok itu telah pun direbus, dihiris, dijemur, dan dipek.
Rahsia kesedapan keropok ini adalah kerana mereka hanya menggunakan satu jenis ikan sahaja tidak dicampur dengan ikan lain. jika mereka guna ikan tamban, maka ikan tamban sahaja digunakan, jika ikan buru, ikan buru sahaja digunakan, jika ikan parang, maka ikan parang saja digunakan, tidak dicampur dengan ikan lain kerana ia menyebabkan keropok hancur dan patah ketika direbus. Rasanya juga kurang sedap jika dicampur. Lagi satu, mereka tidak menggunakan mesin pengasing tulang sebaliknya menggunakan tenaga manusia. Jadi air dalam isi ikan akan kekal berbanding jika menggunakan mesin. Air dalam isi ikan akan turun kebawah mesin menyebabkan keropok menjadi tawar.